Friday, 10 June 2011

Menjelang Final Piala FA Kelantan vs Terengganu mlmni

Bola -bola.....
agak2 sape la yg mnang mlm ni....aku xtau nk sokong mane...tgl kt terengganu...tp lhir kt kelantan...tp aku ttap sokong kelantan...hehe....kte tggu la kputusan mlmni....tket dh abis di jual...para pnyokong dh ondway dtg ke kl...mesti jln jem ni...




Jom la same2 kite pakat g bukit jalil mlm ni....






Tidak beretika’

Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my
    
TENANG...pemain Terengganu giat menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
TENANG...pemain Terengganu giat menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim nyata berang dengan kehadiran pemain Kelantan yang menyaksikan sesi latihan rasmi skuad Peteh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Tindakan pemain The Red Warriors itu menyebabkan jurulatih yang pernah melatih kelab Persipura Jayapura di Indonesia itu menggelarkan ia sebagai tidak beretika.

“Ia sesuatu yang tidak beretika apabila lawan menyaksikan kami menjalani latihan rasmi petang ini (semalam). Saya bukannya melakukan persiapan taktikal terakhir namun beberapa perkara yang sepatutnya kami lakukan pada sesi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.



“Saya sepatutnya mengadakan sesi latihan mengambil sepakan penalti namun mengambil keputusan sebaliknya selepas terdapat pemain Kelantan yang tiba awal di stadium berlegar di kawasan sekitar padang permainan.

“Ini mungkin menyebabkan mereka mengetahui arah mana yang pemain akan ambil dan sebagainya. Namun kami sudah menjalani latihan sepakan penalti di Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Persediaan pemain dalam mengambil sepakan penalti bagi Piala FA penting kerana sejak 2006 sehingga tahun lalu, pemenang empat daripada lima perlawanan akhir itu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.





Mengenai persiapan pasukannya, Ifran Bakti berkata, semuanya sudah bersedia sepenuhnya terutamanya dengan kehadiran semula Ashaari Shamsudin (penggantungan kad kuning) dan Zubir Azmi (latihan pusat skuad Olimpik negara). “Saya boleh mengatakan kami berasa amat yakin dan optimis untuk menjulang piala malam esok (malam ini),” katanya.

Kali terakhir Terengganu menjulang Piala FA pada tahun 2000 apabila menewaskan Pulau Pinang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.


No comments:

Post a Comment